Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.
Video cara menulis
1) Proposal KK Sejarah > https://www.youtube.com/watch?v=oVhX0VGwyMg
Video cara buat viva
1) Tema Pendidikan > https://www.youtube.com/watch?v=n1Hla1a9Ax8
2) Tema Tokoh > https://www.youtube.com/watch?v=3331BKiOBo8
PANDUAN MENGARANG ESEI
Di mukasurat pertama, sebelum mula menaip, setkan dulu font Times New Roman saiz 12, setkan taip double spacing.
Klik sini > Panduan buat double spacing https://youtu.be/xpgVceeXebY
1) Tajuk :
Sama seperti tajuk proposal iaitu Tema Sejarah Tokoh
Contoh :
Sumbangan Tuan Haji Jalel Bin Aman Sebagai Tokoh Pengetua Cemerlang Di SMK Ayer Molek, Melaka Dari Tahun 1990 Hingga 2000.
Klik di sini
Contoh esei kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Tokoh)
Contoh Proposal Sejarah Tempat
Selepas tulis tajuk, bolehlah mulakan dengan menulis sub tajuk pengenalan. Jadi di mukasurat pertama hanya ada tajuk dan pengenalan sahaja.
2) Pengenalan :
Sama seperti pengenalan dalam proposal kerja kursus tetapi panjangnya mesti tidak lebih daripada 3/4 mukasurat. Kamu boleh mula dengan menerangkan definisi tokoh menurut Kamus Dewan. Diikuti dengan biodata tokoh Tuan Haji Jalel Bin Aman serta keluarganya serta latar belakang pendidikan dan kerjaya tokoh ini.
Seterusnya, di mukasurat 2, mula tulis isi esei dengan sub tajuk 3.
Sejarah kerjaya beliau dengan lebih terperinci lagi.
Tulislah esei anda dengan baik berdasarkan pembacaan dari buku rujukan berkaitan dan huraikan maklumat yang diperolehi daripada temubual dengan sekurang-kurangnya 5 orang responden. Ok, cikgu harap panduan ini dapat membantu anda semua. Selamat mengarang. Pastikan tiada kesalahan ejaaan walaupun satu, anda boleh, good luck.
Mulakan esei anda berdasarkan rujukan kepustakaan yang telah dibuat.
Gunakan beberapa buah buku dan beberapa nama penulis sebagai sumber rujukan anda.
Lebih kurang 1 atau 1 1/2 mukasurat. Jangan lupa letakkan rujukan NOTA AKHIR berdasarkan buku yang digunakan.
Klik sini > Panduan buat nota akhir https://youtu.be/xpgVceeXebY
4) Sumbangan di pelbagai peringkat
Bahagian ini sangat penting. Huraiakn sumbangan tokoh di peringkat sekolah, daerah, masyarakat, negeri, negara dan seterusnya. Tulis esei anda menggunakan maklumat-maklumat yang telah diperolehi daripada responden-responden dan buku-buku rujukan yang dibuat. Panjang segmen ini boleh mencapai 5 hingga 8 mukasurat bergantung kepada berapa banyak maklumat yang anda telah perolehi.
5) Kejayaan yang diperolehi
Huraian anda boleh menjangkau 8 hingga 10 mukasurat bergantung kepada kualiti maklumat yang anda miliki.
Di bahagian ini, anda boleh huraikan dengan panjang dan mendalam maklumat-maklumat yang diperolehi daripada responden-responden yang telah ditemubual, hasil bacaan anda, dapatan daripada kajian lapangan dan juga dengan menggunakan dapatan-dapatan sumber primer. seperti plak pembukaan sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah, sijil perlantikkan sebagai pengetua, anugerah pengetua cemerlang, gambar arkib / lama., anugerah yang diterima dan bukti-bukti lain yang boleh diletakkan di halaman lampiran esei nanti.
Esei anda akan menjadi lebih mantap dan cemerlang jika dapat disertakan bersama bukti-bukti bergambar. Ianya perlulah mempunyai kesesuaian dan hubungkait dengan huraian esei anda.
Anda perlu huraikan perkara-perkara berikut pelbagai usaha atau program yang telah dilaksankan oleh tokoh seperti dalam :-
a) Bidang kurikulum
b) Bidang kokurikulum
c) Bidang penulisan
d) Kemasyarakatan
e) Anugerah-anugerah yang diterima
6) Faktor yang menyokong kejayaan tokoh (2 mukasurat)
a) Peranan keluaraga
b) Peranan guru-guru, PPD, JPN
c) Kemudahan infrastruktur sekolah
d) Lain-lain yang faktor menyokong
7) Halangan dan cabaran (2 mukasurat)
a) Persaingan
b) Sikap iri hati
c) Masalah keluarga (berjauhan, pendidikan anak-anak)
d) Lain-lain halangan yang ada
8) Harapan kejayaan masa hadapan (1 1/2 mukasurat)
a) Pemimpin masa hadapan
b) Anak-anak didik dan guru-guru yang lebih cemerlanag
c) Dan lain-lain fakta yang menyokong beliau
9) Kesimpulan dan penutup
10) Bibliografi
(Format Chicago style)
11) Nota akhir
(Tanya pada guru anda jika tidak pasti, ikut format diberi)
12) Lampiran
Salinan anugerah, surat perlantikkan, salinan plak pembukaan sekolah, lain-lain aktiviti kecemerlangan diri tokoh, sekolah yang boleh membantu menyokong esei anda.
Nota penting : Pastikan esei anda tiada satupun kesalahan ejaan.
Tema tokoh.....buat pelajar yang pernah mendapat anugerahpelajar conto...Boleh keee
ReplyDeleteSaya harap sangat cikgu dapat menjawabnya
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteterima kasih.really helpfull
ReplyDelete