Wednesday, 16 January 2019

Contoh proposal kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Perundangan Dan Kehakiman)

Tajuk
Peranan Pasukan PDRM Pekan, Pahang Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Di Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015
Pengenalan
Polis Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan panggilan PDRM merupakan satu agensi keselamatan yang sangat penting di negara kita. Agensi ini berperanan penting dalam menguatkuasa undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Beribu pejabat di Bukit Aman, Kuala Lumpur bagi memastikan kestabilan, keharmonian dan ketenteraman Malaysia sentiasa terjamin.


Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji sejarah perkembangan pasukan polis di Pekan, Pahang. Ia juga akan mengkaji peranan pasukan Polis Diraja Malaysia Pekan, Pahang dalam penguatkuasaan undang-undang di daerah Pekan, Pahang dari tahun 2000 hingga 2015. Selain daripada itu, kajian ini juga akan mengenal pasti pelbagai cabaran yang rintangan yang ditempuhi oleh pasukan PDRM Pekan semasa bertugas menguatkuasakan undang-undang. Seterusnya, kajian ini akan mengetengahkan kejayaan-kejayaan utama yang dicapai oleh pasukan PDRM Pekan semasa menguatkuasakan undang-undang di Pekan, Pahang dalam masa 15 tahun skop kajian ini.
Permasalahan Kajian
Kestabilan, keharmonian dan ketenteraman yang dinikmati oleh penduduk di daerah Pekan, Pahang telah menarik minat penulis untuk menjalankan kajian berkaitan penguatkuasaan undang-undang ynag dilakukan oleh pasukan PDRM Pekan, Pahang.

Skop Kajian
Fokus kajian ini meliputi penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan PDRM di daerah Pekan, Pahang sahaja meliputi tempoh masa 15 tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2015. Dengan anggaran penduduk seramai 110,663 orang berdasarkan bancian dikemaskini pada tahun 2011.
Sorotan Kajian Lepas
Hasil penelitian yang dilakukan oleh penulis di laman sesawang internet dan buku-buku di Perpustakaan Awam Pekan, tiada lagi kajian yang menjurus kepada kejayaan penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan PDRM Pekan, Pahang setakat ini. Namun terdapat beberapa buah buku yang menjulang kehebatan pasukan PDRM Malaysia seperti buku yang ditulis oleh Azaharudin Mohamed Dali berjudul Perisikan Di Malaysia diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dan tulisan Ismail Johari bertajuk Bukit Kepong juga di terbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kaedah Kajian
Kajian ini akan dilakukan melalui beberapa kaeadah iaitu kaedah temuramah, kaedah kajian lapangan, kajian kepustakaan dan kajian internet bagi mendapatkan pelbagai sumber primer dan sumber sekunder bagi memastikan hasil kajian yang dilakukan ini bermanfaat kepada orang awan dan generasi akan datang.
Pembahagian Struktur Esei
Hasil kajian ini akan ditulis dalam bentuk esei yang meliputi :-
Pengenalan
Sejarah perkembangan pasukan PDRM Pekan, Pahang
Undang-undang di Malaysia
Penguatkuasaan undang-undang di daerah Pekan, Pahang
Cabaran dan kejayaan dalam penguatkuasaan undang-undang di Pekan, Pahang
Penutup
Bibliografi


"Semoga post ini bermanfaat kepada para pelajar STPM seluruh Malaysia"



Wednesday, 28 November 2018

SOALAN SEJARAH STPM 2019 P1

Alhamdulillah (5×) soalan target yang membantu, 6 soalan ada dalam senarai target.

Wednesday, 7 November 2018

SOALAN TARGET SEJARAH STPM 2019 P1 , 2018 P3 (TAMBAHAN DARIPADA SOALAN PERCUBAAN NEGERI LAIN)

Klik # untuk jawapan.
PENGGAL 3
1. Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak abad ke-20. #
2. Langkah atasi ancaman komunis. #
3. Faktor campur tangan British di Perak. #
4. Prinsip Rukun Negara di Malaysia. #
5. Dasar Liberal Belanda di Indonesia. #
6. Peranan Parti Nasionalis Indonesia (PNI).#
7. Ekonomi Filipina semasa penjajahan Amerika.#
PENGGAL 1
1. Faktor perkembangan Zaman Pencerahan.#
2. Perjanjian Versailles 1919, punca PD2. #
3. Gerakan Menguat Diri di China 1861-1895. #
4. Faktor nasionalisme di India. #

Tuesday, 30 October 2018

Contoh proposal kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Tempat)

https://www.youtube.com/watch?v=oVhX0VGwyMg

TEMA  : SEJARAH TEMPAT
TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG TANJUNG LANGSAT, PEKAN, PAHANG DARI TAHUN 1960 HINGGA 1999.

Klik di sini 
a. Video cara buat proposal KK Sejarah 
 https://www.youtube.com/watch?v=oVhX0VGwyMg

b. Panduan Mengarang Esei 
https://www.youtube.com/watch?v=4Jy_5r24Zgc&t=12s

c. Video cara buat powerpoint viva Tema Pendidikan 
 https://www.youtube.com/watch?v=n1Hla1a9Ax8

d. Video cara buat powerpoint viva Tema Tokoh 
 https://www.youtube.com/watch?v=3331BKiOBo8

e. Cara Menulis Esei Sejarah Tema Tokoh



1. PENGENALAN
    Negeri Pahang merupakan salah sebuah negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dengan sebelas buah daerah seperti Kuantan, Bera dan Pekan. Ia juga mempunyai sungai yang terpanjang di Semenanjung iaitu Sungai Pahang. Kajian ini akan memfokuskan sejarah perkembangan sebuah kampung di Daerah Pekan, Pahang iaitu Kampung Tanjung Langsat.
    Kampung ini terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Pekan, Pahang. Ianya mula dibuka pada awal tahun 1960-an oleh beberapa orang tokoh penduduk seperti arwah Tok Empat Awang, arwah Tok Imam Sau'di dan arwah En Abu Bakar Omar.
    Kajian ini akan menghuraikan sejarah perkembangan dan kemajuan kampung ini dari mula dibuka sehingga tahun 1999, di bawah kepimpinan beberapa orang ketua kampung yang dikenali sebagai Tok Empat.
2. OBJEKTIF KAJIAN
    Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk  mengenal pasti  :-
a) Sejarah asal usul Kg Tanjung Langsat, Pekan , Pahang
b) Sejarah perkembangan Kg Tanjung Langsat, Pekan, Pahang dari tahun 1960 hingga 1999
c) Faktor-faktor kejayaan  yang  menyebabkan pembangunan Kg Tanjung Langsat, Pekan, Pahang
d) Cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam membangunkan Kg Tanjung Langsat, Pekan, Pahang
e) Harapan yang dimahukan terhadap masa depan Kg Tanjung Langsat, Pekan, Pahang pada masa yang mendatang



3. PERMASALAHAN KAJIAN
    Kemajuan dan pembangunan yang pesat di Kg Tanjung Langsat telah menarik minat penulis untuk mengkaji dan mengenal pasti pelbagai faktor yang telah menyumbang ke arah tersebut. Antaranya ialah siapakah yang telah memainkan peranan penting dalam memajukan kampung ini.
     Di samping itu apakah faktor penarik yang menyebabkan Kg Tanjung Langsat ini semakin bertambah jumlah penduduknya dan peningkatan drastik kawasan perumahan di dalam kampung ini. Justeru itu, penulis ingin mengkaji sejak bila dan bagaimana kampung ini mula membangun dengan pesatnya.
4. SKOP KAJIAN
    Skop kajian ini akan meliputi satu tempoh masa dari tahun 1960 sehingga tahun 1999 iaitu selama 39 tahun. Kajian ini juga hanya akan melibatkan sebuah kampung sahaja iaitu Kampung Tanjung Langsat, Pekan, Pahang sahaja. Penulis juga akan menjalankan soal selidik dan temuramah melibatkan penduduk-penduduk kampung ini. Di samping itu juga  pihak berkuasa tempatan yang berkaitan iaitu Majlis Daerah Pekan dan Pejabat Tanah Daerah Pekan, Pahang juga akan ditemuramah bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan.
5. KEPENTINGAN KAJIAN
    Kajian ini diharap dapat memberi manfaat dan maklumat kepada masyarakat awam yang ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang sejarah asal-usul, sejarah perkembangan, faktor kejayaan, cabaran serta wawasan masa depan Kampung Tanjung Langsat, Pekan, Pahang ini. Ia juga diharap dapat menyebar luaskan lagi kaedah penyebaran maklumat berkaitan kampung ini di alam siber selain daripada penulisan di dalam buku-buku sahaja. 

6. SOROTAN KAJIAN LEPAS
    Sebelum penulis melakukan kajian tentang perkembangan Kg Tanjung Langsat, Pekan, Pahang ini, didapati tiada penulis lain yang telah membuat kajian yang sama. Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkaitan kampung-kampung lain di negara kita ini. Contohnya buku bertajuk Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Petaling diterbitkan di Shah Alam, Selangor oleh  Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor pada tahun 2007. Buku ini menjelaskan sejarah asal-usul beberapa buah kampung dan tempat seperti Puchong, Paya Jaras, Kg Sungai Kayu Ara dan sebaginya. Yusman Ayob pula menulis buku bertajuk Salasilah Nama Tempat Negeri Johor Darul Takzim yang menerangkan nama asal-usul di Johor seperti Jementah, Segamat, Pontian, Muar, Batu Pahat dan sebagainya.  Terdapat juga beberapa buah buku yang menceritakan tentang asal-usul sesebuah kampung di Perak. Contohnya buku yang berjudul Kampungku Sayang, ditulis oleh Ahmad Othman. Diterbitkan pada tahun 1993 di Kuala Lumpur oleh Syarikat Bersatu Sdn Bhd. Selain daripada itu, buku yang bertajuk Kampung Contoh Malaysia 2001, diterbitkan oleh Pustaka Sinaran Sdn Bhd di Melaka. Begitu juga rujukan menerusi laman slidshare oleh Nur Akhma Hassan berjudul Sejarah Perkembangan Kg Lubuk Batu, Segamat Dari 1990 Hingga 2000. Contoh seterusnya, ialah kajian telah dibuat berkaitan sejarah asal-usul dan perkembangan Kampung Permatang Duyong, Melaka sejak penubuhannya sehingga tahun 2000. Kajian ini boleh dibaca di laman web http://jejakasalusulkampung.blogspot.com.my/2006/125/sejarah-kampung-permatang-duyong-melaka.html. Begitu juga tentang kajian pembukaan Kampung Ayer Molek, Kedah yang boleh dilayari di laman web http://jejakasalusulkampung.blogspot.com.my/2008/12571/kampung-ayer-molek-kedah.html. Penulis juga telah membuat kajian kepustakaan.




7. KAEDAH KAJIAN
    7.1 TEMURAMAH
    Kajian yang akan saya lakukan ini menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah kajian kepustakaan, kajian lapangan, kajian internet dan juga menerusi temuramah. Bagi memperolehi sumber primer berkaitan sejarah Kg Tanjung Langsat ini, saya akan menemuramah beberapa orang tokoh dan orang-orang tua yang disegani di situ. Antara tokoh tersebut ialah Tok Empat, Tuan Hj Samad Bin Sau'di dan isteri beliau, Puan Hjh Fauziah Binti Abd Razak. Saya juga akan menemuramah Imam Masjid Kg Tanjung Langsat iaitu Tuan Hj Abd Rahman Bin Lebai Manap dan isterinya, Puan Hjh Kalsom Binti Sulaiman. En Suhaimi Bin Othman (60 tahun), Tn Hj Azhar Bin Mahdi (75 tahun), En Puteh Bin Kenali (76 tahun) dan beberapa orang lagi respoden yang telah dikenal pasti.
    7.2 KAJIAN KEPUSTAKAAN
    Menerusi kaedah kajian kepustakaan ini, saya akan membuat penyelidikan di Perpustakaan SMK Dato' Mahmud Mat, Pekan, Pahang, Perpustakaan Awam Pekan, di bandar Pekan, Pahang dan juga di Perpustakaan Awam Negeri Pahang di Kuantan, Pahang. Di sana, saya akan mengenal pasti buku-buku yang berkaitan dengan sejarah tempat tinggal seperti kajian yang saya lakukan ini.
    7.3 KAJIAN LAPANGAN
    Melalui kaedah kajian lapangan ini pula, saya akan turun padang ke Kg Tanjung Langsat ini bersama beberapa orang rakan saya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi suasana persekitaran kampung ini. Saya akan melawat ke beberapa buah rumah penduduk kampung seperti rumah ketua kampung, rumah imam kampung, rumah orang-orang tua yang dihormati, kawasan Balai Raya Kg Tanjung Langsat, kawasan kebun dan sawah padi penduduk dan sebagainya.
    7.4 KAJIAN INTERNET
    Saya juga akan menggunakan kaedah kajian internet. Ini adalah kerana pada zaman internet '4G' ini saya akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ilmu di hujung jari ini sebaik-baiknya di dalam memperolehi pelbagai maklumat yang berkaitan. Maklumat yang berkaitan sejarah sesebuah kampung, sejarah sesuatu tempat atau negeri sememangnya banyak di laman-laman web di internet. Ianya boleh diperolehi menerusi pelbagai peranti yang saya miliki seperti kemudahan laptop dan juga telefon pintar.
8. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
    8.1 PENGENALAN
    8.2 SEJARAH AWAL PEMBUKAAN KAMPUNG 
    8.3 SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG
    8.4 SEJARAH KEJAYAAN KAMPUNG
    8.5 CABARAN DAN RINTANGAN
    8.6 HARAPAN PENDUDUK TERHADAP MASA DEPAN KAMPUNG
9. PENUTUP
10. BIBLIOGRAFI
( Format bibliografi Chicago Style)

Rujuk post terkini saya, Panduan Mengarang Esei ->>>> Klik di sini # 

   


Wednesday, 24 October 2018

Soalan target Sejarah 2 STPM 2019 dan STPM 2020

Insha-Allah, semoga berjaya semua.
Klik # untuk jawapan.
STPM 2019
1. Ciri-ciri masyarakat Arab jahiliah # 
2. Pembentukkan ummah di zaman Rasulullah saw. #
3. Piagam Madinah #
4. Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad saw. #
5. Kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih #
6. Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq #
    6.1) Kaedah pemilihan khalifah ar-Rasyidin #
7. Sumbangan Khalifah Umar Al Khattab  #
8. Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz #
    8.1) Sumbangan Maharaja Akhbar - Krjn Moghul  # Wiki
    8.2) Senibina Islam Andalusia dan Moghul  # 
9. Peperangan dalam Islam #
10. Sumbangan Ibn Sina / Ibn Majid / Ibn Batuttah #
11. Ekonomi zaman Nabi Muhammad  s.a.w.#
12. Baitulmal zaman KAR atau BA #
13. Pendidikan di Acheh # #
14. Faktor kejatuhan  KerajaanTU #
15. Penentangan rakyat Algeria terhadap Barat #
16. Pembentukkan negara bangsa Mesir #


Klik sini >> 
Soalan target Sejarah 2 STPM 2020



"Aku bukannya tak pandai TAPI  .....malas dan banyak buang masa main hp"

Sunday, 7 October 2018

Kerja kursus Sejarah STPM 2019

1. Tema kerja kursus
    Tema 1 : Sejarah ekonomi
    Tema 2 : Sejarah sukan
    Tema 3 : Sejarah tempat
    Tema 4 : Sejarah perundangan dan kehakiman
2. Contoh tajuk esei
    Tema 1 : Sejarah Pekembangan Pasaraya Darul Makmur, Pekan, Pahang Sejak Pembukaannya Hingga Tahun 2015.
    Tema 2 : Sejarah Perkembangan Sukan Futsal Di Pekan, Pahang Dari Tahun 1990 Hingga 2015.
    Tema 3 : Sejarah Perkembangan Kg. Pulau Keladi, Pekan, Pahang Sejak Pembukaannya Hingga Tahun 2015.




3. Contoh proposal kerja kursus Sejarah 4  STPM.

Contoh proposal Tema Sejarah Tempat. Klik di sini #
Contoh proposal Tema Sejarah Ekonomi. Klik di sin#
Panduan mengarang esei. Klik di sini #

Sebarang pertanyaan email to : cikguazis@gmail.com

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEJARAH STPM 2019 PENGGAL 1 NEGERI PAHANG