Monday, 20 April 2020
TUGASAN SEMASA CUTI PKP SIRI 20 APRIL
Thursday, 16 April 2020
TUGASAN SEMASA CUTI PKP
Assalamualaikum kepada semua pelajar cikgu.
TUGASAN SEJARAH 16 APRIL 2020
Sila rujuk kepada group Whatsapp kita. Siapkan tugasan seperti disusun.
1. Tugasan 1 : Hantar 16 April
2. Tugasan 2 : Hantar 17 April
3. Tugasan 3 : Hantar 18 April
Hantar jawapan ke email cikgu, aziswasap@gmail.com
"Kejayaan tidak datang bergolek"
#stayhome
#staysafe
#stillthebest
TUGASAN SEJARAH 23 MAC 2020

TUGASAN SEJARAH 25 MAC 2020
TUGASAN SEJARAH 1 APRIL 2020
Saturday, 21 March 2020
Contoh slide viva / pembentangan kerja kursus Sejarah STPM
https://www.youtube.com/watch?v=oVhX0VGwyMg
Contoh buat powerpoint viva. Klik di sini >>>
1) Tema Pendidikan https://www.youtube.com/watch?v=n1Hla1a9Ax8
2) Tema Tokoh https://www.youtube.com/watch?v=3331BKiOBo8
Slide 2 : Sejarah awal bomba dan penyelamat secara umum, letakkan gambar berkaitan.
Slide 3 : Sejarah awal Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 8, Pekan, Pahang + gambar.
Slide 4 hingga slide 8 : Peranan dan sumbangan dari segi keselamatan PBDPS8, Pekan, Pahang + gambar yg menyokong.
Slide 9 : Cabaran dan rintangan + gambar.
Slide 10 : Harapan masa depan + gambar.
Slide 11 : Kesimpulan dan penghargaan + gambar.
Nota : Jumlah bilangan slide boleh ++ satu atau dua lagi.
Semoga panduan viva ini membantu semua pelajar pada masa #stayhome covid19 sekarang ini. Email cikgu : cikguazis@gmail.com
Friday, 20 March 2020
Contoh esei kerja kursus Sejarah STPM (Tema Keselamatan / Ketenteraan)
Panduan Mengarang Esei
Tajuk : Peranan Dan Sumbangan Dari Segi Keselamatan Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 8 (PBPS8), 26600 Pekan, Pahang Dari Tahun 1990 Hingga 2015
Di mukasurat pertama, sebelum mula menaip, setkan dulu font Times New Roman saiz 12, setkan taip double spacing (jika tak tahu tanya rakan atau guru). Mulakan dengan menulis tajuk.
1) Tajuk : (Sama seperti tajuk proposal iaitu Peranan Dan Sumbangan Dari Segi Keselamatan Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 8 (PBPS8), 26600 Pekan, Pahang Dari Tahun 1990 Hingga 2015)

->>>Klik di sini Contoh Proposal Sejarah Tempat
Selepas menulis tajuk, bolehlah mulakan dengan menulis sub tajuk - Pengenalan. Jadi di mukasurat pertama hanya ada tajuk dan pengenalan sahaja.
2) Pengenalan : Sama seperti pengenalan dalam proposal kerja kursus tetapi panjangnya mesti tidak lebih daripada 3/4 mukasurat. Anda perlu menulis pengenalan esei yang baik supaya dapat menarik perhatian dan minat guru yang akan membacanya.

Seterusnya, di mukasurat 2, mula tulis isi esei dengan sub tajuk - Sejarah Asal-Usul Pasukan Bomba Dan Penyelamat (PBP).
3) Sejarah Asal-Usul Pasukan Bomba Dan Penyelamat (PBP)
secara umum di dunia / di Malaysia / di Pahang / di bandar Pekan ( ikut tajuk esei pilihan anda).
Tulislah esei anda dengan baik berdasarkan pembacaan dari buku rujukan berkaitan dan huraikan maklumat yang diperolehi daripada temubual anda dengan sekurang-kurangnya 5 orang responden. Ok, cikgu harap panduan ini dapat membantu anda semua. Selamat mengarang.
(Pastikan esei anda tiada kesalahan ejaaan walaupun satu kerana markah akan ditolak. Anda boleh).
(Mulakan esei anda berdasarkan rujukan kepustakaan yang telah dibuat. Gunakan beberapa buah buku rujukan dan beberapa nama penulis sebagai sumber rujukan anda. Tulis lebih kurang 1 atau 1 1/2 mukasurat sahaja).

Jangan lupa letakkan rujukan NOTA AKHIR berdasarkan buku yang digunakan. (Tanya kepada guru anda jika masih tidak tahu cara membuatnya).
4) Sejarah Awal Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 8 (PBPS8), Pekan, Pahang.
(Tulis esei anda menggunakan maklumat-maklumat yang telah diperolehi daripada responden-responden dan buku-buku rujukan yang dibuat. Panjang segmen ini boleh mencapai 2 hingga 3 mukasurat bergantung kepada berapa banyak maklumat yang anda telah perolehi).
Antara segmen yang boleh dikembangkan di bahagian ini ialah :-
a) Siapa yang merasmikan PBPS8 ini ?
b) Sejarah awal penubuhan PBPS8 ini.
c) Bagaimana dengan bilangan pegawai bomba awal ditubuhkan ?
d) Faktor pemilihan lokasi PBPS8 ini.
e) Bilangan kenderaan operasi PBPS8 pada awal penubuhannya. dll
5) Peranan Dan Sumbangan Dari Segi Keselamatan PBPS8, 26600 Pekan, Pahang.
Segmen esei yang seterusnya ini iaitu yang TERPENTING ialah tentang peranan dan sumbangan dari segi keselamatan PBPS8 ini. Huraian anda boleh menjangkau 8 hingga 12 mukasurat bergantung kepada kualiti maklumat yang anda perolehi daripada pembacaan dan juga hasil temubual responden-responden yang berkaitan.
Di bahagian ini, anda boleh huraikan dengan panjang dan mendalam maklumat-maklumat yang diperolehi tadi dan juga hasil dapatan daripada kajian lapangan dan juga dengan menggunakan dapatan-dapatan sumber primer seperti catatan pada plak pembukaan Balai Bomba Dan Penyelamat Sekseyen 8 itu, sijil anugerah kecemerlangan, gambar arkib / lama peranan dan sumbangan PBPS8 itu, anugerah yang diterima dan bukti-bukti lain yang boleh diletakkan di halaman lampiran esei nanti.
Esei anda akan menjadi lebih mantap dan cemerlang jika dapat disertakan bersama bukti-bukti bergambar. Ianya perlulah mempunyai kesesuaian dan hubungkait dengan huraian esei anda.
Anda perlu huraikan perkara-perkara berkaitan peranan dan sumbangan PBPS8, 26600 Pekan, Pahang , anda boleh membuat perbandingan fakta dahulu dan sekarang seperti berikut :-
a) Beza jumlah rumah penduduk
b) Beza jumlah bilangan kedai / bengkel / kilang / pasaraya / sekolah / klinik / universiti
c) Beza jumlah kebakaran / kemalangan / pokok tumbang / ribut / operasi menangkap ular / buaya / binatang bisa / kejadian mati lemas / banjir / masalah bekalan air
d) Peranan dan sumbangan-sumbangan lain berkaitan yang boleh dibincangkan.
6) Faktor perkembangan peranan dan sumbangan PBPS8 (2 hingga 3 mukasurat)
a) Pertambahan penduduk
b) Lokasi yang strategik
c) Peluang pekerjaan
d) Kemudahan asas yang mencukupi
e) Lain-lain yang faktor menyokong
7) Halangan dan cabaran PBPS8 (2 mukasurat)
a) Bilangan pegawai bomba dan penyelamat
b) Bilangan kenderaan operasi
c) Pertambahan jumlah rumah penduduk
d) Pertambahan jumlah kedai / industri / kilang / pasaraya / sekolah / universiti dll

e) Lain-lain halangan yang ada
8) Harapan kejayaan yang lebih terhadap peranan dan sumbangan PBPS8 (1 1/2 mukasurat)
a) Seperti bilangan anggota yang lebih ramai berdasarkan pertambahan di no 7) di atas
b) Dan lain-lain yang disarankan oleh responden-responden temubual
9) Kesimpulan dan penutup
10) Bibliografi (Format Chicago style)
11) Nota akhir (Tanya pada guru anda jika tidak pasti, ikut format diberi)

12) Lampiran (Salinan anugerah, contoh surat perlantikkan anggota bomba dan penyelamat, gambar balai bomba, gambar plak perasmian, IC dan kad pengawai / anggota bomba dan penyelamat, gambar-gambar berkaitan peranan dan sumbangan PBPS8, Pekan, Pahang dan lain-lain eviden yang boleh dapat menyokong esei anda)
........... ..........
Nota : Pastikan esei anda tiada satupun kesalahan ejaan. Ingat, kejayaan tidak datang bergolek. Good luck.
Wednesday, 18 March 2020
Cara cari buku-buku rujukan kerja kursus Sejarah STPM
Klik link di bawah.
1)
https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/photos/a.172640826097947/3290253921003273/?type=3
Para pelajar semua boleh menggunakan link 1) dan link 2) untuk mencari buku-buku berkaitan tajuk kerja kursus Sejarah.
2)
https://scholar.google.com
Semoga bermanfaat.

Monday, 9 March 2020
Tips pelajar cemerlang STPM
PELAJAR TERBAIK STPM 2019 MENERIMA HADIAH
Anis ( PNGK 3.92 )
Tips pelajar cemerlang STPM
1. Sentiasa positif, senyum, jangan malu tanya cikgu
2. Baca Al Quran sebelum dan selepas belajar
3. Jangan kedekut ilmu, share dengan kawan
4. Cari rakan untuk belajar bersama (2, 3 orang sahaja)
5. Buat nota kecil dan selalu baca
6. Jangan leka sangat dengan phone
7. Sentiasa cabaran diri untuk kejayaan
8. Jangan belajar last minit
9. Buat jadual belajar peribadi
10. Kawan dengan pelajar pandai
11. Jawapan soalan tahun-tahun lepas
12. Hafal satu tajuk satu hari
Tuesday, 11 February 2020
Contoh tajuk kerja kursus Sejarah STPM 2020
TEMA 1 : SEJARAH TOKOH
TEMA 2 : SEJARAH PENDIDIKAN
TEMA 3 : SEJARAH KESELAMATAN / KETENTERAAN
TEMA 4 : SEJARAH KUMPULAN ETNIK / KLAN / SUKU KAUM
------------------- *** ---------------------------
Contoh tajuk-tajuk yang boleh dibuat.
Tema Sejarah Tokoh
1. Peranan Dan Sumbangan En Azhar Bin Ahmad, Guru Besar SK Teluk Emas, Pekan, Pahang Dari Tahun 1990 Hingga 2015.
2. Peranan Dan Sumbangan En Saiful Rizam Bin Abdullah, Usahawan Tani Daerah Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015.
3. En Osman Bin Ahmad, Tokoh Pejuang Menentang Komunis Di Daerah Bukit Pasir, Pekan, Pahang Dari Tahun 1950 Hingga 1975.
Tema SEjarah Pendidikan
1. Sejarah Perkembangan Pendidikan Pra Sekolah Di SK Peramu Jaya, Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015.
2. Sejarah Perkembangan Pendidikan MPV (Binaan) Di SMK Dato' Mahmud Mat, Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015.
Tema Sejarah Keselamatan / Ketenteraan
1. Pasukan Bomba Dan Penyelamat Peramu : Peranannya Dan Sumbangannya Dari Segi Keselamatan Di Daerah Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015.
Tema Sejarah Kumpulan Etnik / Klan / Suku kaum
1. Sejarah Perkembangan Orang Kedah Di Kampung Merchong Jaya, Rompin, Pahang Dari Tahun 1990 Hingga 2015.

Tuesday, 4 February 2020
Contoh proposal kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Pendidikan)
TEMA : SEJARAH PENDIDIKAN
TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MPV (BINAAN) DI SMK PANGLIMA SELEMPANG, PEKAN, PAHANG DARI TAHUN 2000 HINGGA 2015
Klik di sini Panduan Mengarang Esei ( Akan dikemaskini selaras dengan tajuk proposal )
1. PENGENALAN
Negeri Pahang merupakan salah sebuah negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dengan sebelas buah daerah seperti Kuantan, Bera dan Pekan. Ia juga mempunyai sungai yang terpanjang di Semenanjung iaitu Sungai Pahang. Kajian ini akan memfokuskan sejarah perkembangan pendidikan mata pelajaran vokasional (MPV) binaan di SMk Panglima Selempang di Pekan, Pahang dari tahun 2000 hingga 2015.
Sekolah ini terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Pekan, Pahang. Ianya mula dibuka pada awal tahun 1965 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang pada ketika itu. Nama sekolah ini diambil semperna nama seorang tokoh pejuang tempatan yang sangat terkenal iaitu Panglima Selempang yang telah mengetuai perjuangan menentang penjajah British di Pekan, Pahang sebelum kemerdekaan negara.
Kajian ini akan menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan MPV (Binaan) di sekolah ini sejak mata pelajaran ini diperkenalkan iaitu pada tahun 2000 hinggalah ke tahun 2015.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti :-
a) Sejarah awal pendidikan di SMK Panglima Selempang (SMKPS), Pekan , Pahang.
b) Sejarah perkembangan mata pelajaran MPV (Binaan) di SMKPS, Pekan, Pahang.
c) Faktor-faktor yang menyokong perkembangan mata pelajaran MPV (Binaan) ini di SMKPS sejak diperkenalkan pada tahun 2000 hingga tahun 2015.
d) Cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam perlaksanaan mta pelajaran MPV (Binaan) ini di SMKPS.
e) Harapan masa depan terhadap mata pelajaran MPV (Binaan) ini di SMKPS dan negara umumnya.
3. PERMASALAHAN KAJIAN
Kemajuan dan minat yang mendalam dalam kalangan para pelajar Sains Sukan serta prestasi cemerlang pelajar dan sekolah menerusi kejayaan kokurikulm telah menarik minat saya untuk menjalankan kajian tentang tajuk ini.
Di samping itu apakah faktor penarik yang menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mengambil mata pelajaran ini menimbulkan suatu persolan yang menarik untuk dijalankan kajian.
4. SKOP KAJIAN
Skop kajian ini akan meliputi satu tempoh masa dari tahun 2000 sehingga tahun 2015 iaitu selama 15 tahun. Kajian ini juga hanya akan melibatkan sebuah sekolah sahaja iaitu SMK Panglima Selempang (SMKPS), Pekan, Pahang sahaja.
Penulis juga akan menjalankan soal selidik dan temuramah melibatkan para guru, pelajar, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), para majikan dan masyarakat setempat di sini.
5. KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharap dapat memberi manfaat dan maklumat kepada masyarakat awam yang ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang sejarah asal-usul, sejarah perkembangan, faktor kejayaan, cabaran serta wawasan masa depan ..............
6. SOROTAN KAJIAN LEPAS
Sebelum penulis melakukan kajian tentang perkembangan .........................( nyatakan sekurang-kurangnya 5 buah buku yg akan dijadikan sumber rujukan, nyatakan nama penulis, tajuk buku, tahun diterbitkan, nama syarikat penerbit dan di mana buku itu diterbitkan. Juga huraikan sedikit ringkasan buku itu.)
Penulis juga telah membuat kajian kepustakaan.
7. KAEDAH KAJIAN
7.1 TEMURAMAH
Kajian yang akan saya lakukan ini menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah kajian kepustakaan, kajian lapangan, kajian internet dan juga menerusi temuramah. Bagi memperolehi sumber primer berkaitan sejarah ................ ini, saya akan menemuramah beberapa orang responden dan guru-guru di sekolah ini .................. Antara responden tersebut ialah ............................dan beberapa orang lagi respoden yang telah dikenal pasti.
7.2 KAJIAN KEPUSTAKAAN
Menerusi kaedah kajian kepustakaan ini, saya akan membuat penyelidikan di Perpustakaan SMK Dato' Mahmud Mat, Pekan, Pahang, Perpustakaan Awam Pekan, di bandar Pekan, Pahang dan juga di Perpustakaan Awam Negeri Pahang di Kuantan, Pahang. Di sana, saya akan mengenal pasti buku-buku yang berkaitan dengan sejarah tempat tinggal seperti kajian yang saya lakukan ini.
7.3 KAJIAN LAPANGAN
Melalui kaedah kajian lapangan ini pula, saya akan turun padang ke ....................... bersama beberapa orang rakan saya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi Saya akan melawat ke beberapa .................
7.4 KAJIAN INTERNET
Saya juga akan menggunakan kaedah kajian internet. Ini adalah kerana pada zaman internet '4G' ini saya akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ilmu di hujung jari ini sebaik-baiknya di dalam memperolehi pelbagai maklumat yang berkaitan. Maklumat yang berkaitan sejarah sesebuah kampung, sejarah sesuatu tempat atau negeri sememangnya banyak di laman-laman web di internet. Ianya boleh diperolehi menerusi pelbagai peranti yang saya miliki seperti kemudahan laptop dan juga telefon pintar.
8. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI (Huraikan secara ringkas bagi setiap sub topik di bawah)
8.1 PENGENALAN
8.2 SEJARAH AWAL PEMBUKAAN SMKPS
8.3 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MATA PELAJARAN MPV (BINAAN) DI SMKPS

Anda boleh huraikan :
A. Bila subjek diperkenalkan
B. Jumlah guru mengajar
C. Jumlah kelas ambil dan jumlah pelajar
D. Jumlah peruntukan masa belajar
E. Kemudahan PdP subjek itu
F. Peruntukan kewangan subjek
G. Buku/Modul digunakan
8.4 SEJARAH KEJAYAAN MATA PELAJARAN MPV (BINAAN) DI SMKPS
8.4 SEJARAH KEJAYAAN MATA PELAJARAN MPV (BINAAN) DI SMKPS
Anda boleh huraikan dan kaitkan dengan bahan² dalam buku rujukan serta dapatan temubual dari reaponden²:
A. Graf pencapaian 5 tahun terakhir
B. Senarai/Bilangan pelajar cemerlang, sederhana dll
C. Program² latih tubi, kelas tambahan
D. Program kecemerlangan peringkat sekolah/daerah
E. Faktor² kejayaan atau sebaliknya dan langkah memperbaiki dan meningkatkan lagi
F. Peranan guru, ibu bapa dan PIBG
G. Contoh² pencapaian dan kejayaan
8.5 CABARAN DAN RINTANGAN
8.6 HARAPAN GURU, PARA IBU BAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP MASA DEPAN PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI MATA PELAJARAN MPV (BINAAN) INI
9. PENUTUP
10. BIBLIOGRAFI
8.5 CABARAN DAN RINTANGAN
8.6 HARAPAN GURU, PARA IBU BAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP MASA DEPAN PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI MATA PELAJARAN MPV (BINAAN) INI
9. PENUTUP
10. BIBLIOGRAFI
( Tuliskan sekurang-kurangnya 5 buah buku rujukan. Nyatakan nama penulis, tahun diterbitkan, tajuk buku, nama syarikat penerbit dan tempat buku itu diterbitkan)
Klik sini.
Terima kasih kepada pemilik link. Ilmu yang bermanfaat dikongsi bersama. Tq
Klik sini.
Terima kasih kepada pemilik link. Ilmu yang bermanfaat dikongsi bersama. Tq
Thursday, 9 May 2019
NOTA SEJARAH DUNIA 6 BAWAH 2019
TAJUK :
1. Masyarakat feudal di England dan Jepun. Link #
2. Masyarakat agraria di China dan Belanda. Link #
3. Masyarakat maritim di Jepun dan Portugal. Link # Jepun # Portugal
4. Masyarakat industri di England dan Jerman.
5.
6.
7.
8.
9.
10. ....akan menyusul kemudian

Wednesday, 6 February 2019
Contoh esei kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Tempat)
Panduan Untuk Mengarang Esei
Di mukasurat pertama, sebelum mula menaip, setkan dulu font Times New Roman saiz 12, setkan taip double spacing (jika tak tahu tanya rakan atau guru). Mulakan dengan menulis tajuk.
1) Tajuk :
Sama seperti tajuk proposal iaitu Tema Sejarah Tempat
Klik di sini
1) Contoh Proposal Sejarah Tempat
2) Contoh Esei Sejarah Tokoh Pengetua Cemerlang
Video cara menulis
1) Proposal KK Sejarah >>> https://www.youtube.com/watch?v=oVhX0VGwyMg
Video cara buat viva
1) Tema Pendidikan >>> https://www.youtube.com/watch?v=n1Hla1a9Ax8
2) Tema Tokoh >>>> https://www.youtube.com/watch?v=3331BKiOBo8
Selepas tulis tajuk, bolehlah mulakan dengan menulis sub tajuk pengenalan. Jadi di mukasurat pertama hanya ada tajuk dan pengenalan sahaja.
2) Pengenalan : (Sama seperti pengenalan dalam proposal kerja kursus tetapi panjangnya mesti tidak lebih daripada 3/4 mukasurat).
Seterusnya, di mukasurat 2, mula tulis isi esei dengan sub tajuk 3) Sejarah Asal-Usul Pertempatan Di .... ( ikut tajuk esei pilihan anda). Tulislah esei anda dengan baik berdasarkan pembacaan dari buku rujukan berkaitan dan huraikan maklumat yang diperolehi daripada temubual dengan sekurang-kurangnya 5 orang responden. Ok, cikgu harap panduan ini dapat membantu anda semua. Selamat mengarang. (Pastikan tiada kesalahan ejaaan walaupun satu, anda boleh, good luck).
3) Sejarah Asal-Usul Pertempatan Di Negeri Pahang Dan Di Daerah Pekan, Pahang
(Mulakan esei anda berdasarkan rujukan kepustakaan yang telah dibuat. Gunakan beberapa buah buku dan beberapa nama penulis sebagai sumber rujukan anda. Lebih kurang 1 atau 1 1/2 mukasurat. Jangan lupa letakkan rujukan NOTA AKHIR berdasarkan buku yang digunakan). (Tanya kepada guru anda jika masih tidak tahu cara membuatnya).
4) Sejarah Awal Pembukaan Kampung Tanjung Langsat, Pekan, Pahang.
(Tulis esei anda menggunakan maklumat-maklumat yang telah diperolehi daripada responden-responden dan buku-buku rujukan yang dibuat. Panjang segmen ini boleh mencapai 5 hingga 8 mukasurat bergantung kepada berapa banyak maklumat yang anda telah perolehi).
Antara segmen yang boleh dikembangkan di bahagian ini ialah :-
a) Siapa yang membuka kampung ini ?
b) Sejarah awal pembukaan kampung ini.
c) Dari mana mereka berasal ?
d) Faktor pemilihan lokasi itu sebagai sebuah kampung baharu.
e) Faktor penarik di lokasi kampung baharu dan faktor penolak dari kampung asal mereka.
f) Pengalaman yang dimiliki sehingga berusaha untuk membuka sebuah kampung baharu.
5) Sejarah Perkembangan Kampung Tanjung Langsat, Pekan, Pahang.
Segmen esei yang seterusnya ini ialah tentang sejarah perkembangan Kg Tanjung Langsat ini. Huraian anda boleh menjangkau 8 hingga 10 mukasurat bergantung kepada kualiti maklumat yang anda miliki.
Di bahagian ini, anda boleh huraikan dengan panjang dan mendalam maklumat-maklumat yang diperolehi daripada responden-responden yang telah ditemubual, hasil bacaan anda, dapatan daripada kajian lapangan dan juga dengan menggunakan dapatan-dapatan sumber primer seperti catatan pada batu nesan penduduk awal kampung itu, plak pembukaan surau atau masjid kampung itu, sijil perlantikkan ketua kampung, gambar arkib / lama proses pembukaan kampung itu, anugerah yang diterima dan bukti-bukti lain yang boleh diletakkan di halaman lampiran esei nanti.
Esei anda akan menjadi lebih mantap dan cemerlang jika dapat disertakan bersama bukti-bukti bergambar. Ianya perlulah mempunyai kesesuaian dan hubungkait dengan huraian esei anda.
Anda perlu huraikan perkara-perkara berikut (Awal pembukaan kampung berbanding kampung itu sekarang) :-
a) Beza jumlah rumah penduduk
b) Beza jumlah bilangan penduduk (lelaki / perempuan)
c) Beza jumlah bilangan umur penduduk ( kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas)
d) Beza kemudahan asas (eletrik, air, lampu jalan, telefon dll)
e) Beza pendapatan utama penduduk
f) Beza jenis pekerjaan penduduk
g) Beza proses perlantikkan ketua kampung
h) Beza bilangan kedai
i) Beza sistem pangangkutan
j) Beza pemilikan harta / hartanah milik penduduk
k) Beza gaji penduduk
l) Beza kenderaan yang digunakan untuk kegiatan seharian
m) Dan banyak lagi perkara lain berkaitan yang boleh dibincangkan.
6) Faktor perkembangan (2 mukasurat)
a) Pertambahan penduduk
b) Lokasi yang strategik
c) Peluang pekerjaan
d) Kemudahan asas yang mencukupi
e) Lain-lain yang faktor menyokong
7) Halangan dan cabaran (2 mukasurat)
a) Persaingan perebutan jawatan ketua kampung, AJK kampung
b) Sikap iri hati dalam kalangan penduduk
c) Penghijrahan golongan belia keluar
d) Lain-lain halangan yang ada
8) Harapan kejayaan masa hadapan (1 1/2 mukasurat)
a) Pemimpin kampung yang berwibawa
b) Anak-anak muda yang bercita-cita besar dan berjaya dalam agama dan akademik
c) Pertambahan penduduk kampung dll
9) Kesimpulan dan penutup
10) Bibliografi (Format Chicago style)
11) Nota akhir (Tanya pada guru anda jika tidak pasti, ikut format diberi)
12) Lampiran (Salinan anugerah kampung contoh, surat perlantikkan Tok Empat / imam / KRT / JKKK, IC pemimpin kampung, salinan plak pembukaan kampung / masjid / sekolah / kedai / kilang / pusat komuniti / padang permainan, gambar-gambar berkaitan kecemerlangan kampung yang boleh membantu menyokong esei anda)
........... ..........
Nota : Pastikan esei anda tiada satupun kesalahan ejaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)