Wednesday 16 January 2019

Contoh proposal kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Perundangan Dan Kehakiman)

Tajuk
Peranan Pasukan PDRM Pekan, Pahang Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Di Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015
Pengenalan
Polis Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan panggilan PDRM merupakan satu agensi keselamatan yang sangat penting di negara kita. Agensi ini berperanan penting dalam menguatkuasa undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Beribu pejabat di Bukit Aman, Kuala Lumpur bagi memastikan kestabilan, keharmonian dan ketenteraman Malaysia sentiasa terjamin.


Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji sejarah perkembangan pasukan polis di Pekan, Pahang. Ia juga akan mengkaji peranan pasukan Polis Diraja Malaysia Pekan, Pahang dalam penguatkuasaan undang-undang di daerah Pekan, Pahang dari tahun 2000 hingga 2015. Selain daripada itu, kajian ini juga akan mengenal pasti pelbagai cabaran yang rintangan yang ditempuhi oleh pasukan PDRM Pekan semasa bertugas menguatkuasakan undang-undang. Seterusnya, kajian ini akan mengetengahkan kejayaan-kejayaan utama yang dicapai oleh pasukan PDRM Pekan semasa menguatkuasakan undang-undang di Pekan, Pahang dalam masa 15 tahun skop kajian ini.
Permasalahan Kajian
Kestabilan, keharmonian dan ketenteraman yang dinikmati oleh penduduk di daerah Pekan, Pahang telah menarik minat penulis untuk menjalankan kajian berkaitan penguatkuasaan undang-undang ynag dilakukan oleh pasukan PDRM Pekan, Pahang.

Skop Kajian
Fokus kajian ini meliputi penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan PDRM di daerah Pekan, Pahang sahaja meliputi tempoh masa 15 tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2015. Dengan anggaran penduduk seramai 110,663 orang berdasarkan bancian dikemaskini pada tahun 2011.
Sorotan Kajian Lepas
Hasil penelitian yang dilakukan oleh penulis di laman sesawang internet dan buku-buku di Perpustakaan Awam Pekan, tiada lagi kajian yang menjurus kepada kejayaan penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan PDRM Pekan, Pahang setakat ini. Namun terdapat beberapa buah buku yang menjulang kehebatan pasukan PDRM Malaysia seperti buku yang ditulis oleh Azaharudin Mohamed Dali berjudul Perisikan Di Malaysia diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dan tulisan Ismail Johari bertajuk Bukit Kepong juga di terbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kaedah Kajian
Kajian ini akan dilakukan melalui beberapa kaeadah iaitu kaedah temuramah, kaedah kajian lapangan, kajian kepustakaan dan kajian internet bagi mendapatkan pelbagai sumber primer dan sumber sekunder bagi memastikan hasil kajian yang dilakukan ini bermanfaat kepada orang awan dan generasi akan datang.
Pembahagian Struktur Esei
Hasil kajian ini akan ditulis dalam bentuk esei yang meliputi :-
Pengenalan
Sejarah perkembangan pasukan PDRM Pekan, Pahang
Undang-undang di Malaysia
Penguatkuasaan undang-undang di daerah Pekan, Pahang
Cabaran dan kejayaan dalam penguatkuasaan undang-undang di Pekan, Pahang
Penutup
Bibliografi


"Semoga post ini bermanfaat kepada para pelajar STPM seluruh Malaysia"