Wednesday 6 February 2019

Contoh esei kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Tempat)




Panduan Untuk Mengarang Esei

Di mukasurat pertama, sebelum mula menaip, setkan dulu font Times New Roman saiz 12, setkan taip double spacing (jika tak tahu tanya rakan atau guru). Mulakan dengan menulis tajuk.

1) Tajuk :
Sama seperti tajuk proposal iaitu Tema Sejarah Tempat

Klik di sini 
1) Contoh Proposal Sejarah Tempat 
2) Contoh Esei Sejarah Tokoh Pengetua Cemerlang 

Video cara menulis
1) Proposal KK Sejarah  >>> https://www.youtube.com/watch?v=oVhX0VGwyMg

Video cara buat viva
1) Tema Pendidikan >>> https://www.youtube.com/watch?v=n1Hla1a9Ax8
2) Tema Tokoh >>>> https://www.youtube.com/watch?v=3331BKiOBo8

Selepas tulis tajuk, bolehlah mulakan dengan menulis sub tajuk pengenalan. Jadi di mukasurat pertama hanya ada tajuk dan pengenalan sahaja.

2) Pengenalan : (Sama seperti pengenalan dalam proposal kerja kursus tetapi panjangnya mesti tidak lebih daripada 3/4 mukasurat).

Seterusnya, di mukasurat 2, mula tulis isi esei dengan sub tajuk 3) Sejarah Asal-Usul Pertempatan Di .... ( ikut tajuk esei pilihan anda). Tulislah esei anda dengan baik berdasarkan pembacaan dari buku rujukan berkaitan dan huraikan maklumat yang diperolehi daripada temubual dengan sekurang-kurangnya 5 orang responden. Ok, cikgu harap panduan ini dapat membantu anda semua. Selamat mengarang. (Pastikan tiada kesalahan ejaaan walaupun satu, anda boleh, good luck).




3) Sejarah Asal-Usul Pertempatan Di Negeri Pahang Dan Di Daerah Pekan, Pahang
(Mulakan esei anda berdasarkan rujukan kepustakaan yang telah dibuat. Gunakan beberapa buah buku dan beberapa nama penulis sebagai sumber rujukan anda. Lebih kurang 1 atau 1 1/2 mukasurat. Jangan lupa letakkan rujukan NOTA AKHIR berdasarkan buku yang digunakan). (Tanya kepada guru anda jika masih tidak tahu cara membuatnya).
4) Sejarah Awal Pembukaan Kampung Tanjung Langsat, Pekan, Pahang.
(Tulis esei anda menggunakan maklumat-maklumat yang telah diperolehi daripada responden-responden dan buku-buku rujukan yang dibuat. Panjang segmen ini boleh mencapai 5 hingga 8 mukasurat  bergantung kepada berapa banyak maklumat yang anda telah perolehi).

Antara segmen yang boleh dikembangkan di bahagian ini ialah :-
a) Siapa yang membuka kampung  ini ?
b) Sejarah awal pembukaan kampung ini.
c) Dari mana mereka berasal ?
d) Faktor pemilihan lokasi itu sebagai sebuah kampung baharu.
e) Faktor penarik di lokasi kampung baharu dan faktor penolak dari kampung asal mereka.
f) Pengalaman yang dimiliki sehingga berusaha untuk membuka sebuah kampung baharu.

5) Sejarah Perkembangan Kampung Tanjung Langsat, Pekan, Pahang.
Segmen esei yang seterusnya ini ialah tentang sejarah perkembangan Kg Tanjung Langsat ini. Huraian anda boleh menjangkau 8 hingga 10 mukasurat bergantung kepada kualiti maklumat yang anda miliki.
Di bahagian ini, anda boleh huraikan dengan panjang dan mendalam maklumat-maklumat yang diperolehi daripada responden-responden yang telah ditemubual, hasil bacaan anda, dapatan daripada kajian lapangan dan juga dengan menggunakan dapatan-dapatan sumber primer seperti catatan pada batu nesan penduduk awal kampung itu, plak pembukaan surau atau masjid kampung itu, sijil perlantikkan ketua kampung, gambar arkib / lama proses pembukaan kampung itu, anugerah yang diterima dan bukti-bukti lain yang boleh diletakkan di halaman lampiran esei nanti.
Esei anda akan menjadi lebih mantap dan cemerlang jika dapat disertakan bersama bukti-bukti bergambar. Ianya perlulah mempunyai kesesuaian dan hubungkait dengan huraian esei anda.


Anda perlu huraikan perkara-perkara berikut (Awal pembukaan kampung berbanding kampung itu sekarang) :-

a) Beza jumlah rumah penduduk
b) Beza jumlah bilangan penduduk (lelaki / perempuan)
c) Beza jumlah  bilangan umur penduduk ( kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas)
d) Beza kemudahan asas (eletrik, air, lampu jalan, telefon dll)
e) Beza pendapatan utama penduduk
f) Beza jenis pekerjaan penduduk
g) Beza proses perlantikkan ketua kampung
h) Beza bilangan kedai
i) Beza sistem pangangkutan
j) Beza pemilikan harta / hartanah milik penduduk
k) Beza gaji penduduk
l) Beza kenderaan yang digunakan untuk kegiatan seharian
m) Dan banyak lagi perkara lain berkaitan yang boleh dibincangkan.

6) Faktor perkembangan (2 mukasurat)
a) Pertambahan penduduk
b) Lokasi yang strategik
c) Peluang pekerjaan
d) Kemudahan asas yang mencukupi
e) Lain-lain yang faktor menyokong

7) Halangan dan cabaran (2 mukasurat)
a) Persaingan perebutan jawatan ketua kampung, AJK kampung
b) Sikap iri hati dalam kalangan penduduk
c) Penghijrahan golongan belia keluar
d) Lain-lain halangan yang ada

8) Harapan kejayaan masa hadapan (1 1/2 mukasurat)
a) Pemimpin kampung yang berwibawa
b) Anak-anak muda yang bercita-cita besar dan berjaya dalam agama dan akademik
c) Pertambahan penduduk kampung dll

9) Kesimpulan dan penutup
10) Bibliografi (Format Chicago style)
11) Nota akhir (Tanya pada guru anda jika tidak pasti, ikut format diberi)
12) Lampiran (Salinan anugerah kampung contoh, surat perlantikkan Tok Empat / imam / KRT / JKKK, IC pemimpin kampung, salinan plak pembukaan kampung / masjid / sekolah / kedai / kilang / pusat komuniti / padang permainan, gambar-gambar berkaitan kecemerlangan kampung yang boleh membantu menyokong esei anda)

...........  ..........
Nota : Pastikan esei anda tiada satupun kesalahan ejaan.

Tuesday 5 February 2019

Contoh esei kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Ekonomi)

Panduan Untuk Mengarang Esei
1) Tajuk : (Sama seperti tajuk proposal. Contoh di sini ialah Tema Sejarah Ekonomi).
2) Pengenalan : (Sama seperti pengenalan dalam proposal kerja kursus tetapi panjangnya mesti tidak lebih daripada 3/4 mukasurat).
3) Sejarah Asal-Usul Perniagaan
 (Mulakan esei anda berdasarkan rujukan kepustakaan yang telah dibuat. Gunakan beberapa buah buku dan beberapa nama penulis sebagai sumber rujukan anda. Lebih kurang 1 atau 1 1/2 mukasurat. Jangan lupa letakkan rujukan NOTA AKHIR berdasarkan buku yang digunakan). (Tanya kepada guru anda jika masih tidak tahu cara membuatnya).
4) Sejarah Awal Pembukaan Kedai Runcit X.
(Tulis esei anda menggunakan maklumat-maklumat yang telah diperolehi daripada responden-responden dan buku-buku rujukan yang dibuat. Panjang segmen ini boleh mencapai 5 hingga 8 mukasurat  bergantung kepada berapa banyak maklumat yang anda telah perolehi).

Antara segmen yang boleh dikembangkan di bahagian ini ialah :-
a) Siapa yang memulakan idea untuk memulakan perniagaan Kedai Runcit X ini.
b) Dari mana sumber modal ?
c) Faktor pemilihan jenis perniagaan ?
d) Faktor pemilihan lokasi kedai.
e) Pengalaman perniagaan yang dimiliki.
f) Cara mendapatkan para pembekal barang-barang untuk diniagakan.
g) Cara mendapatkan lesen perniagaan.
h) Kursus perniagaan yang pernah dihadiri.
i) Masalah pertama yang dihadapi semasa ingin memulakan perniagaan.

5) Sejarah Perkembangan Kedai Runcit X.
Segmen esei yang seterusnya ini ialah tentang sejarah perkembangan Kedai Runcit X. Huraian anda boleh menjangkau 8 hingga 10 mukasurat bergantung kepada kualiti maklumat yang anda miliki.
Di bahagian ini, anda boleh huraikan dengan panjang dan mendalam maklumat-maklumat yang diperolehi daripada responden-responden yang telah ditemubual, hasil bacaan anda, dapatan daripada kajian lapangan dan juga dengan menggunakan dapatan-dapatan sumber primer seperti lesen perniagaan tuan punya kedai, sijil-sijil kursus perniagaan yang dihadiri, sijil penghargaan, anugerah yang diterima dan bukti-bukti lain yang boleh diletakkan di halaman lampiran esei nanti.
Esei anda akan menjadi lebih mantap dan cemerlang jika dapat disertakan bersama bukti-bukti bergambar. Ianya perlulah mempunyai kesesuaian dan hubungkait dengan huraian esei anda.

Anda perlu huraikan perkara-perkara berikut (Mula berniaga berbanding sekarang) :-

a) Beza jumlah modal
b) Beza saiz kedai
c) Beza jumlah pekerja
d) Beza kuantiti dan jenis barang jualan
e) Beza jumlah pinjaman bank (jika ada)
f) Beza masa beroperasi
g) Beza jumlah pembekal
h) Beza jumlah dan jenis pelanggan
i) Beza barangan yang mendapat permintaan tertinggi
j) Beza kuantiti barang yang dibekalkan oleh pembekal (Contoh kuantiti dan kualiti ikan basah)
k) Beza gaji dan jumlah pekerja
l) Beza kenderaan yang digunakan untuk perniagaan
m) Beza keuntungan
n) Beza papan tanda kedai
o) Beza jenis mesin juruwang
p) Beza simpan kira-kira akaun
q) Dan banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan.

6) Faktor perkembangan (2 mukasurat)
a) Permintaan yang tinggi
b) Jumlah pelanggan yang ramai
c) Kurang persaingan
d) Motivasi diri yang tinggi
e) Pengalaman berniaga yang banyak dll
7) Halangan dan cabaran perniagaan (2 mukasurat)
a) Nilai jualan yang rendah
b) Banyak kedai lain yang turut bersaing
c) Kurang modal
d) Kurang pengalaman
e) Pengurusan kewangan yang lemah dll
8) Harapan kejayaan masa hadapan (1 1/2 mukasurat)
a) Ahli keluarga yang menyokong
b) Anak-anak berminat mewarisi perniagaan
c) Pertambahan penduduk kampung merangsang jualan dll
9) Kesimpulan dan penutup
10) Bibliografi (Format Chicago style)
11) Nota akhir (Tanya pada guru anda jika tidak pasti, ikut format diberi)
12) Lampiran (Salinan lesen perniagaan, sijil kursus, IC, anugerah, gambar-gambar berkaitan kedai yang boleh membantu menyokong esei anda)

...........  ..........
Nota : Pastikan esei anda tiada satupun kesalahan ejaan !

Semoga dapat membantu semua pelajar STPM yang sedang membuat esei kerja kursus Sejarah.
Cikgu TAHU anda BOLEH.