Friday 20 March 2020

Contoh esei kerja kursus Sejarah STPM (Tema Keselamatan / Ketenteraan)

Panduan  Mengarang Esei
Tajuk : Peranan Dan Sumbangan Dari Segi Keselamatan Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 8 (PBPS8), 26600 Pekan, Pahang Dari Tahun 1990 Hingga 2015

Di mukasurat pertama, sebelum mula menaip, setkan dulu font Times New Roman saiz 12, setkan taip double spacing (jika tak tahu tanya rakan atau guru). Mulakan dengan menulis tajuk.

1) Tajuk : (Sama seperti tajuk proposal iaitu Peranan Dan Sumbangan Dari Segi Keselamatan  Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 8 (PBPS8), 26600 Pekan, Pahang Dari Tahun 1990 Hingga 2015) 

 ->>>Klik di sini Contoh Proposal Sejarah Tempat 

Selepas menulis tajuk, bolehlah mulakan dengan menulis sub tajuk - Pengenalan. Jadi di mukasurat pertama hanya ada tajuk dan pengenalan sahaja.

2) Pengenalan : Sama seperti pengenalan dalam proposal kerja kursus tetapi panjangnya mesti tidak lebih daripada 3/4 mukasurat. Anda perlu menulis pengenalan esei yang baik supaya dapat menarik perhatian dan minat  guru yang akan membacanya.

Seterusnya, di mukasurat 2, mula tulis isi esei dengan sub tajuk - Sejarah Asal-Usul Pasukan Bomba Dan Penyelamat (PBP).


3) Sejarah Asal-Usul Pasukan Bomba Dan Penyelamat (PBP)
secara umum di dunia / di Malaysia / di Pahang / di bandar Pekan ( ikut tajuk esei pilihan anda). 



Tulislah esei anda dengan baik berdasarkan pembacaan dari buku rujukan berkaitan dan huraikan maklumat yang diperolehi daripada temubual anda dengan sekurang-kurangnya 5 orang responden. Ok, cikgu harap panduan ini dapat membantu anda semua. Selamat mengarang.

(Pastikan esei anda tiada kesalahan ejaaan walaupun satu kerana markah akan ditolak. Anda boleh).

(Mulakan esei anda berdasarkan rujukan kepustakaan yang telah dibuat. Gunakan beberapa buah buku rujukan dan beberapa nama penulis sebagai sumber rujukan anda. Tulis lebih kurang 1 atau 1 1/2 mukasurat sahaja).

Jangan lupa letakkan rujukan NOTA AKHIR berdasarkan buku yang digunakan. (Tanya kepada guru anda jika masih tidak tahu cara membuatnya).

4) Sejarah Awal Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 8 (PBPS8), Pekan, Pahang.
(Tulis esei anda menggunakan maklumat-maklumat yang telah diperolehi daripada responden-responden dan buku-buku rujukan yang dibuat. Panjang segmen ini boleh mencapai 2 hingga 3 mukasurat  bergantung kepada berapa banyak maklumat yang anda telah perolehi).

Antara segmen yang boleh dikembangkan di bahagian ini ialah :-
a) Siapa yang merasmikan PBPS8  ini ?
b) Sejarah awal penubuhan PBPS8 ini.
c) Bagaimana dengan bilangan pegawai bomba awal ditubuhkan ?
d) Faktor pemilihan lokasi PBPS8 ini.
e) Bilangan kenderaan operasi PBPS8 pada awal penubuhannya. dll

5) Peranan Dan Sumbangan Dari Segi  Keselamatan PBPS8,  26600 Pekan, Pahang.
Segmen esei yang seterusnya ini iaitu yang TERPENTING ialah tentang peranan dan sumbangan dari segi keselamatan PBPS8 ini. Huraian anda boleh menjangkau 8 hingga 12 mukasurat bergantung kepada kualiti maklumat yang anda perolehi daripada pembacaan dan juga hasil temubual responden-responden yang berkaitan.

Di bahagian ini, anda boleh huraikan dengan panjang dan mendalam maklumat-maklumat yang diperolehi tadi dan juga hasil dapatan daripada kajian lapangan dan juga dengan menggunakan dapatan-dapatan sumber primer seperti catatan pada plak pembukaan Balai Bomba Dan Penyelamat Sekseyen 8 itu, sijil anugerah kecemerlangan, gambar arkib / lama peranan dan sumbangan PBPS8 itu, anugerah yang diterima dan bukti-bukti lain yang boleh diletakkan di halaman lampiran esei nanti.

Esei anda akan menjadi lebih mantap dan cemerlang jika dapat disertakan bersama bukti-bukti bergambar. Ianya perlulah mempunyai kesesuaian dan hubungkait dengan huraian esei anda.

Anda perlu huraikan perkara-perkara berkaitan peranan dan sumbangan PBPS8, 26600 Pekan, Pahang , anda boleh membuat perbandingan fakta dahulu dan sekarang seperti berikut :-

a) Beza jumlah rumah penduduk
b) Beza jumlah bilangan kedai / bengkel / kilang / pasaraya / sekolah / klinik / universiti
c) Beza jumlah  kebakaran / kemalangan / pokok tumbang / ribut / operasi menangkap ular  / buaya / binatang bisa / kejadian mati lemas / banjir / masalah bekalan air
d) Peranan dan sumbangan-sumbangan lain berkaitan yang boleh dibincangkan.

6) Faktor perkembangan peranan dan sumbangan PBPS8 (2 hingga 3 mukasurat)
a) Pertambahan penduduk
b) Lokasi yang strategik
c) Peluang pekerjaan
d) Kemudahan asas yang mencukupi
e) Lain-lain yang faktor menyokong

7) Halangan dan cabaran PBPS8 (2 mukasurat)
a) Bilangan pegawai bomba dan penyelamat
b) Bilangan kenderaan operasi
c) Pertambahan jumlah rumah penduduk
d) Pertambahan jumlah kedai / industri / kilang / pasaraya / sekolah / universiti dll
e) Lain-lain halangan yang ada

8) Harapan kejayaan yang lebih terhadap peranan dan sumbangan PBPS8 (1 1/2 mukasurat)
a) Seperti bilangan anggota yang lebih ramai berdasarkan pertambahan di no 7) di atas
b) Dan lain-lain yang disarankan oleh responden-responden temubual

9) Kesimpulan dan penutup
10) Bibliografi (Format Chicago style)
11) Nota akhir (Tanya pada guru anda jika tidak pasti, ikut format diberi)

12) Lampiran (
Salinan anugerah,  contoh surat perlantikkan anggota bomba dan penyelamat, gambar balai bomba, gambar plak perasmian,  IC dan kad pengawai / anggota bomba dan penyelamat, gambar-gambar berkaitan peranan dan sumbangan PBPS8, Pekan, Pahang dan lain-lain eviden  yang boleh dapat menyokong esei anda)

...........  ..........
Nota : Pastikan esei anda tiada satupun kesalahan ejaan. Ingat, kejayaan tidak datang bergolek. Good luck.



No comments:

Post a Comment