Tuesday 5 April 2022

Contoh Nota Akhir Dalam Esei KK Sejarah

Syarat-syarat membuat nota akhir:- 

1. Di dalam esei, pelajar memetik kata-kata penulis buku itu, contohnya,  

    Azis Jalel dalam bukunya berjudul Guru Sejarah Hebat menyatakan, "Pelajar Sejarah akan cemerlang dengan memberi tumpuan penuh semasa guru mengajar. Di samping itu guru juga perlulah mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, lucu dan tidak membosankan."1 

 

(Di hujung petikan kata itu perlu ditulis nombor, dimulakan dengan nombor 1. Nombor 1 itu perlu dikecilkan saiznya. Boleh bertanya kepada guru cara mengecilkan nombor itu.Kemudian, pelajar perlu memastikan buku nombor 1 yang dirujuk itu dinyatakan di ruangan Nota Akhir di bahagian akhir esei pelajar seperti contoh di bawah.) 

 

2. Di dalam esei, pelajar memetik kata-kata responden yang ditemuramah, contohnya,


    "Guru sejarah saya, Cikgu Muhammad mengajar dengan menggunakan pelbagai teknik dan tidak membosankan. Kami semua sangat suka dengan matapelajaran sejarah."2

 

Nota Akhir 

1 Azis Jalel. 2001. Guru Sejarah Malaysia Hebat. Petaling Jaya. Excellent Printing Sdn. Bhd. Mukasurat 114.

2 Orang sumber, Farish Zarif bin Musa, ditemuramah pada 04 Mac 2022.

 

 

Beza cara menulis Nota Akhir dan Bibliografi ialah di dalam Nota Akhir ada mukasurat yang dirujuk tetapi di dalam menulis Bibliografi tiada mukasurat. Rujukan dalam Bibliografi mesti disusun mengikut abjad.


Bibliografi

1 Azis Jalel. 2001. Guru Sejarah Malaysia Hebat. Petaling Jaya. Excellent Printing Sdn. Bhd.