Tuesday 4 February 2020

Contoh proposal kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Pendidikan)

TEMA  : SEJARAH PENDIDIKAN
TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MPV (BINAAN) DI SMK PANGLIMA SELEMPANG, PEKAN, PAHANG DARI TAHUN 2000 HINGGA 2015

Klik di sini Panduan Mengarang Esei ( Akan dikemaskini selaras dengan tajuk proposal )

1. PENGENALAN
    Negeri Pahang merupakan salah sebuah negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dengan sebelas buah daerah seperti Kuantan, Bera dan Pekan. Ia juga mempunyai sungai yang terpanjang di Semenanjung iaitu Sungai Pahang. Kajian ini akan memfokuskan sejarah perkembangan pendidikan mata pelajaran vokasional (MPV) binaan di SMk Panglima Selempang di Pekan, Pahang dari tahun 2000 hingga 2015.
     Sekolah  ini terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Pekan, Pahang. Ianya mula dibuka pada awal tahun 1965 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang pada ketika itu. Nama sekolah ini diambil semperna nama seorang tokoh pejuang tempatan yang sangat terkenal iaitu Panglima Selempang yang telah mengetuai perjuangan menentang penjajah British di Pekan, Pahang sebelum kemerdekaan negara.
    Kajian ini akan menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan MPV (Binaan) di sekolah ini sejak mata pelajaran ini diperkenalkan iaitu pada tahun 2000 hinggalah ke tahun 2015.


2. OBJEKTIF KAJIAN
    Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk  mengenal pasti  :-
a) Sejarah awal pendidikan di SMK Panglima Selempang (SMKPS), Pekan , Pahang.
b) Sejarah perkembangan mata pelajaran MPV (Binaan) di SMKPS, Pekan, Pahang.
c) Faktor-faktor yang menyokong perkembangan mata pelajaran MPV (Binaan) ini di SMKPS sejak diperkenalkan pada tahun 2000 hingga tahun 2015.
d) Cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam perlaksanaan mta pelajaran MPV (Binaan) ini di SMKPS.
e) Harapan masa depan terhadap mata pelajaran MPV (Binaan) ini di SMKPS dan negara umumnya.


3. PERMASALAHAN KAJIAN 
    Kemajuan dan minat yang mendalam dalam kalangan  para pelajar Sains Sukan serta prestasi cemerlang pelajar dan sekolah menerusi kejayaan kokurikulm telah menarik minat saya untuk menjalankan kajian tentang tajuk ini.
   

    Di samping itu apakah faktor penarik yang menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mengambil mata pelajaran ini menimbulkan suatu persolan yang menarik untuk dijalankan kajian.





4. SKOP KAJIAN
    Skop kajian ini akan meliputi satu tempoh masa dari tahun 2000 sehingga tahun 2015 iaitu selama 15 tahun. Kajian ini juga hanya akan melibatkan sebuah sekolah sahaja iaitu SMK Panglima Selempang (SMKPS), Pekan, Pahang sahaja.

   Penulis juga akan menjalankan soal selidik dan temuramah melibatkan para guru, pelajar, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), para majikan dan masyarakat setempat di sini.

5. KEPENTINGAN KAJIAN
    Kajian ini diharap dapat memberi manfaat dan maklumat kepada masyarakat awam yang ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang sejarah asal-usul, sejarah perkembangan, faktor kejayaan, cabaran serta wawasan masa depan .............. 


6. SOROTAN KAJIAN LEPAS
    Sebelum penulis melakukan kajian tentang perkembangan .........................( nyatakan sekurang-kurangnya 5 buah buku yg akan dijadikan sumber rujukan, nyatakan nama penulis, tajuk buku, tahun diterbitkan, nama syarikat penerbit dan di mana buku itu diterbitkan. Juga huraikan sedikit ringkasan buku itu.)

 Penulis juga telah membuat kajian kepustakaan.
 
7. KAEDAH KAJIAN
    7.1 TEMURAMAH
    Kajian yang akan saya lakukan ini menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah kajian kepustakaan, kajian lapangan, kajian internet dan juga menerusi temuramah. Bagi memperolehi sumber primer berkaitan sejarah ................ ini, saya akan menemuramah beberapa orang responden dan guru-guru di sekolah ini .................. Antara responden tersebut ialah ............................dan beberapa orang lagi respoden yang telah dikenal pasti.


    7.2 KAJIAN KEPUSTAKAAN
    Menerusi kaedah kajian kepustakaan ini, saya akan membuat penyelidikan di Perpustakaan SMK Dato' Mahmud Mat, Pekan, Pahang, Perpustakaan Awam Pekan, di bandar Pekan, Pahang dan juga di Perpustakaan Awam Negeri Pahang di Kuantan, Pahang. Di sana, saya akan mengenal pasti buku-buku yang berkaitan dengan sejarah tempat tinggal seperti kajian yang saya lakukan ini.


    7.3 KAJIAN LAPANGAN
    Melalui kaedah kajian lapangan ini pula, saya akan turun padang ke ....................... bersama beberapa orang rakan saya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi  Saya akan melawat ke beberapa .................

    7.4 KAJIAN INTERNET
    Saya juga akan menggunakan kaedah kajian internet. Ini adalah kerana pada zaman internet '4G' ini saya akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ilmu di hujung jari ini sebaik-baiknya di dalam memperolehi pelbagai maklumat yang berkaitan. Maklumat yang berkaitan sejarah sesebuah kampung, sejarah sesuatu tempat atau negeri sememangnya banyak di laman-laman web di internet. Ianya boleh diperolehi menerusi pelbagai peranti yang saya miliki seperti kemudahan laptop dan juga telefon pintar.


8. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI (Huraikan secara ringkas bagi setiap sub topik di bawah)
    8.1 PENGENALAN
    8.2 SEJARAH AWAL PEMBUKAAN SMKPS 
    8.3 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MATA PELAJARAN MPV (BINAAN) DI SMKPS
Anda boleh huraikan :
A. Bila subjek diperkenalkan
B. Jumlah guru mengajar
C. Jumlah kelas ambil dan jumlah pelajar
D. Jumlah peruntukan masa belajar
E. Kemudahan PdP subjek itu
F. Peruntukan kewangan subjek
G. Buku/Modul digunakan
    8.4 SEJARAH KEJAYAAN MATA PELAJARAN  MPV (BINAAN) DI SMKPS
Anda boleh huraikan dan kaitkan dengan bahan² dalam buku rujukan serta dapatan temubual dari reaponden²:
A. Graf pencapaian 5 tahun terakhir
B. Senarai/Bilangan pelajar cemerlang, sederhana dll
C. Program² latih tubi, kelas tambahan
D. Program kecemerlangan peringkat sekolah/daerah
E. Faktor² kejayaan atau sebaliknya dan langkah memperbaiki dan meningkatkan lagi
F. Peranan guru, ibu bapa dan PIBG
G. Contoh² pencapaian dan kejayaan
    8.5 CABARAN DAN RINTANGAN
    8.6 HARAPAN GURU, PARA IBU BAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP MASA DEPAN PELAJAR-PELAJAR YANG MENGIKUTI MATA PELAJARAN MPV (BINAAN) INI


9. PENUTUP

10. BIBLIOGRAFI
( Tuliskan sekurang-kurangnya 5 buah buku rujukan. Nyatakan nama penulis, tahun diterbitkan,  tajuk buku, nama syarikat penerbit dan tempat buku itu diterbitkan)






Klik sini.
Terima kasih kepada pemilik link. Ilmu yang bermanfaat dikongsi bersama. Tq