Wednesday 30 January 2019

Contoh powerpoint viva / pembentangan kerja kursus Sejarah STPM

......akan menyusul
a) Dalam format pdf atau
b) Tapak powerpoint viva dalam format powerpoint. Jom subscribe cikguazis
https://www.youtube.com/watch?v=oVhX0VGwyMg



UPDATED : Klik sini >>
Cara buat powerpoint viva

1) Tema Pendidikan  https://www.youtube.com/watch?v=n1Hla1a9Ax8

2) Tema Tokoh  https://www.youtube.com/watch?v=3331BKiOBo8




Terima kasih, selamat berjaya >>> Contact : cikguazis@gmail.com

Contoh proposal kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Sukan)

Tajuk : Sejarah Perkembangan Sukan Futsal Di Bandar Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015
Pengenalan
Kesihatan amat bermakna dalam hidup kita semua. Justeru itu, demi menjaga kesihatan masyarakat Malaysia, aktiviti sukan dan permainan telah diwajibkan kepada kita semua sejak dari pendidikan rendah lagi.  Pelbagai kegitan sukan yang popular ada di negara kita seperti bola sepak, badminton, hoki, tenis, renang, squash, ragbi, futsal dan sebagainya. Sukan futsal boleh dikategorikan sejenis sukan yang agak baharu di negara kita dan semakin popular. Ia dimainkan biasanya di dalam dewan yang tertutup berbanding permainan bola sepak, di padang bola yang terbuka. Kepopularan sukan futsal ini telah menarik minat penulis untuk mengkaji sejarah perkembangan sukan futsal ini di bandar Pekan, Pahang dari tahun 2000 hingga 2015.




Objektif Kajian
Kajian saya ini akan berfokus kepada sejarah asal usul sukan futsal ini dan sejarah perkembangan sukan futsal ini di bandar Pekan, Pahang. Objektif kajian saya ini juga akan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong perkembangan dan kemajuan sukan ini, cabaran dan rintangan dalam perkembangannya serta harapan yang diberikan terhadap kemajuan sukan futsal di bandar Pekan, Pahang sejak dari tahun 2000 hingga 2015.
Permasalahan Kajian
Kemajuan pesat sukan futsal dengan terbina beberapa buah dewan tertutup milik pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pekan (MDP) dan tiga dewan tertutup milik persendirian telah menarik minat saya untuk menjalankan kajian terhadap perkembangan sukan futsal yang begitu positif di bandar  Pekan, Pahang  ini.

Skop Kajian
Kajian saya ini hanya akan menjurus kepada sejarah perkembangan sukan futsal di bandar  Pekan, Pahang sahaja. Tempoh masa kajian saya ini meliputi jangka masa bemula dari tahun 2000 sehingga 2015 iaitu selama 15 tahun.
Sorotan Kajian Lepas
Hasil penelitian saya, tiada suatu kajian khusus yang pernah diterbitkan tentang sejarah perkembangan ................akan menyusul !
Kaedah Kajian
Saya akan menggunakan beberapa kaedah dalam melengkapkan kerja kursus saya ini seperti kaedah temubual, kaedah kajian lapangan, kaedah kepustakaan dan kaedah kajian internet.
Menerusi kaedah temubual, saya akan menemubual beberapa orang responden seperti ....

Saya juga akan menjalankan kajian lapangan dengan mengunjungi beberapa tempat di  .........
Menerusi kaedah kepustakaan, saya akan mengunjungi Perpustakaan Awam di bandar Pekan dan Perpustakaan Awam Negeri Pahang di Kuantan bagi mendapatkan lebih banyak lagi maklumat berkaitan kajian saya ini. Selain daripada itu, saya juga akan membuat kajian internet dari masa ke semasa dengan menggunakan kemudahan teknologi ICT pada masa kini untuk memantapkan esei saya ini.
Pembahagian Struktur Esei
Pengenalan
Sejarah sukan futsal
Sejarah perkembangan sukan futsal di ...
Faktor-faktor yang menyumbang kepada kamjuan sukan futsal ....
Cabaran dan rintangan yang dihadapi untuk ....
Harapan pada masa hadapan terhadap kemajuan sukan futsal ....
....................akan bersambung
Penutup
Bibliografi
( Format Chicago style)

Monday 21 January 2019

Contoh proposal kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Ekonomi)

Tajuk : Sejarah Perkembangan Kedai Runcit Cikguazis, Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015

Klik di sini Panduan Mengarang Esei

Pengenalan
Terdapat pelbagai bentuk perniagaan yang diusahakan di negara kita seperti pusat membeli-belah, pasaraya besar, kedai serbaneka, kedai seragam dan  kedai runcit. Perniagaan kedai runcit merupakan entiti perniagaan yang paling banyak terdapat di negara kita. Ia terdapat di kawasan kampung, pekan dan juga di bandar-bandar besar. Kedai runcit biasanya dimiliki secara persendirian dan oleh orang perseorangan. Kajian saya ini akan berfokus kepada sejarah perkembangan Kedai Runcit Cikguazis di Pekan, Pahang.


Objektif Kajian
Kajian saya ini akan berfokus kepada sejarah perkembangan Kedai Runcit Cikguazis. Kajian ini juga akan mengenalpasti faktor-faktor perkembangan Kedai Runcit Cikguazis. Di samping itu, kajian saya juga akan menjelaskan pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh perniagaan ini. Kajian saya ini akan turut memperincikan harapan pemilik Kedai Runcit Cikguazis ini untuk kemajuaan perniagaan kedai runcitnya ini pada masa hadapan.
Permasalahan Kajian
Kemajuan pesat Kedai Runcit Cikguazis di Pekan, Pahang telah menarik minat saya untuk membuat kajian ke atas kedai tersebut. Kedai runcit beliau terletak di kawasan perumahan Kampung Tanjung Langsat di Pekan, Pahang di mana majoriti penduduk di situ bekerja di kawasan perindustrian Peramu, Pekan, Pahang. Sebahagian kecil penduduknya bersawah padi, menternak haiwan seperti lembu dan kambing serta ada juga yang mengusahakan kolam udang harimau secara kecil-kecilan. Sosio ekonomi penduduk yang pelbagai ini turut membantu kemajuan Kedai Runcit Cikguazis ini.
Skop Kajian
Kajian saya ini hanya akan menjurus kepada sejarah perkembangan Kedai Runcit Cikguazis di Kampung Tanjung Langsat, Pekan, Pahang sahaja. Skop kajian ini juga hanya meliputi tempoh masa selama 15 tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2015.   
Sorotan Kajian Lepas
Hasil penelitian saya, tiada suatu kajian khusus yang pernah diterbitkan tentang sejarah perkembangan Kedai Runcit Cikguazis di Pekan, Pahang secara ilmiah. Namun, terdapat beberapa buah buku yang menjurus kepada sejarah perkembangan dan kemajuan perniagaan di negara kita seperti buku yang ditulis oleh Siti Hawa Mohd bertajuk Mydin : Di Sebalik Tadbir setebal 251 mukasurat yang diterbitkan di Petaling Jaya, Selangor oleh MPH Publishing Sdn Bhd pada tahun 2011. Buku ini menyingkap sejarah dan faktor kejayaan rangkaian Pasaraya Mydin di seluruh Malaysia. Begitu juga buku yang ditulis oleh Wan Nong Muzafar bertajuk Kuasai Formula Perniagaan. Ia memberikan penulis pelbagai idea dan sudut pandangan dalam usaha seseorang itu untuk menjalankan perniagaan. Di samping itu, buku bertajuk Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd, terbitan Syarikat PTS di Batu Caves, Selangor setebal 371 mukasurat cetakan tahun 2017  boleh dijadikan panduan dalam menulis esei kajian saya ini.


Kaedah Kajian
Saya akan menggunakan beberapa kaedah dalam melengkapkan kerja kursus saya ini seperti kaedah temubual, kaedah kajian lapangan, kaedah kepustakaan dan kaedah kajian internet.
Menerusi kaedah temubual, saya akan menemubual beberapa orang responden seperti En Abdul Razak Bin Shaari iaitu pemilik Kedai Runcit Cikguazis, isteri beliau, Pn Zubaidah Hanum Bt Nazrin serta seramai 6 orang responden yang merupakan pelanggan tetap Kedai Runcit Cikguazis iaitu En Roslan  Manap, En Ahmad Badrul Ishak, Tn Hj Muda Samad, Pn Rohana Abd Ghani, Pn Zaharah Hassan dan Pn Aishah Abd Razak.

Saya juga akan menjalankan kajian lapangan dengan mengunjungi beberapa tempat di Kampung Tanjung Langsat  itu seperti Kedai Runcit Cikguazis, masjid, rumah pemilik kedai runcit ini, balairaya, rumah ketua kampung, rumah imam kampung dan beberapa kawasan riadah untuk kanak-kanak dan golongan remaja.
Menerusi kaedah kepustakaan, saya akan mengunjungi Perpustakaan Awam di bandar Pekan dan Perpustakaan Awam Negeri Pahang di Kuantan bagi mendapatkan lebih banyak lagi maklumat berkaitan kajian saya ini. Selain daripada itu, saya juga akan membuat kajian internet dari masa ke semasa dengan menggunakan kemudahan teknolgi ICT pada masa kini untuk memantapkan esei saya ini.

Pembahagian Struktur Esei
    a) Pengenalan
    b) Sejarah awal perniagaan 
    c) Sejarah awal Kedai Runcit Cikguazis
    d) Sejarah perkembangan perniagaan Kedai Runcit Cikguazis
    e) Faktor perkembangan Kedai Runcit Cikguazis
    f) Halangan dan rintangan perniagaan Kedai Runcit Cikguazis
    g) Harapan kejayaan pada masa hadapan Kedai Runcit Cikguazis

9. PENUTUP
10. BIBLIOGRAFI
( Format bibliografi Chicago Style)



Wednesday 16 January 2019

Contoh proposal kerja kursus Sejarah STPM (Tema Sejarah Perundangan Dan Kehakiman)

Tajuk
Peranan Pasukan PDRM Pekan, Pahang Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Di Pekan, Pahang Dari Tahun 2000 Hingga 2015
Pengenalan
Polis Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan panggilan PDRM merupakan satu agensi keselamatan yang sangat penting di negara kita. Agensi ini berperanan penting dalam menguatkuasa undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Beribu pejabat di Bukit Aman, Kuala Lumpur bagi memastikan kestabilan, keharmonian dan ketenteraman Malaysia sentiasa terjamin.


Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji sejarah perkembangan pasukan polis di Pekan, Pahang. Ia juga akan mengkaji peranan pasukan Polis Diraja Malaysia Pekan, Pahang dalam penguatkuasaan undang-undang di daerah Pekan, Pahang dari tahun 2000 hingga 2015. Selain daripada itu, kajian ini juga akan mengenal pasti pelbagai cabaran yang rintangan yang ditempuhi oleh pasukan PDRM Pekan semasa bertugas menguatkuasakan undang-undang. Seterusnya, kajian ini akan mengetengahkan kejayaan-kejayaan utama yang dicapai oleh pasukan PDRM Pekan semasa menguatkuasakan undang-undang di Pekan, Pahang dalam masa 15 tahun skop kajian ini.
Permasalahan Kajian
Kestabilan, keharmonian dan ketenteraman yang dinikmati oleh penduduk di daerah Pekan, Pahang telah menarik minat penulis untuk menjalankan kajian berkaitan penguatkuasaan undang-undang ynag dilakukan oleh pasukan PDRM Pekan, Pahang.

Skop Kajian
Fokus kajian ini meliputi penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan PDRM di daerah Pekan, Pahang sahaja meliputi tempoh masa 15 tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2015. Dengan anggaran penduduk seramai 110,663 orang berdasarkan bancian dikemaskini pada tahun 2011.
Sorotan Kajian Lepas
Hasil penelitian yang dilakukan oleh penulis di laman sesawang internet dan buku-buku di Perpustakaan Awam Pekan, tiada lagi kajian yang menjurus kepada kejayaan penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan PDRM Pekan, Pahang setakat ini. Namun terdapat beberapa buah buku yang menjulang kehebatan pasukan PDRM Malaysia seperti buku yang ditulis oleh Azaharudin Mohamed Dali berjudul Perisikan Di Malaysia diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dan tulisan Ismail Johari bertajuk Bukit Kepong juga di terbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kaedah Kajian
Kajian ini akan dilakukan melalui beberapa kaeadah iaitu kaedah temuramah, kaedah kajian lapangan, kajian kepustakaan dan kajian internet bagi mendapatkan pelbagai sumber primer dan sumber sekunder bagi memastikan hasil kajian yang dilakukan ini bermanfaat kepada orang awan dan generasi akan datang.
Pembahagian Struktur Esei
Hasil kajian ini akan ditulis dalam bentuk esei yang meliputi :-
Pengenalan
Sejarah perkembangan pasukan PDRM Pekan, Pahang
Undang-undang di Malaysia
Penguatkuasaan undang-undang di daerah Pekan, Pahang
Cabaran dan kejayaan dalam penguatkuasaan undang-undang di Pekan, Pahang
Penutup
Bibliografi


"Semoga post ini bermanfaat kepada para pelajar STPM seluruh Malaysia"